Sunday, September 7, 2008

Tazkirah Ramadhan - Malam 6

Salam semua & selamat sejahtera

Tazkirah malam ini bermula dgn syair yang lebih kurang maksudnya :

"Maka berbahagia dan tenanglah akan kedua ibubapa yang anak mereka yang menghafal Al-Quran. Dipakaikan mereka mahkota yang dikurniakan Allah di akhirat nanti"

Rasulullah bersabda : 'AhlulQuran merupakan Ahli Allah dan mendapat tempat disisi-Nya'

Bagaimana Al-Quran sampai kepada kita?

Nuzul dr segi bahasanya bermaksud menetap di satu tpt / turun dr tempat yg tinggi

dr. segi teknikalnya penurunan AL-Quran dr langit kpd Rasul yang terakhir

Pendapat ulama' yang paling masyhur, penurunan Al-Quran melalui 2 peringkat :

1. Al-Quran turun dari Luhul Mahfuz ke langit dunia, Baitil Izzah & turun dalam 1 jumlah
2. Diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dalam tempoh +-23 tahun secara berperingkat

Hikmahnya :

  • agar ayat yg diturunkan dpt memenuhi hajat & keperluan pd masa itu
  • utk menetapkan jiwa Nabi Muhammad SAW
  • mendidik masyarakat secara berperingkat
  • menunjukkan sumber Al-Quran itu adalah dr. Allah dan bukannya ciptaan manusia

Penceramah juga menceritakan tentang bagaimana proses penulisan Al-Quran itu bermula. Bagaimana ianya ditulis di zaman Rasulullah, di zaman Khalifah Abu Bakar dan diteruskan di zaman Khalifah Umar seterusnya di zaman Khalifah Uthman. Juga diceritakan bagaimana Al-Quran diberikan baris dan titik.

wallahu 'alam..

wassalam..

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Quran, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Quran.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W :" Belajarlah kamu akan Quran, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya." 

Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?" 

Maka berkata Quran : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari." 

Kemudian berkata orang yang pernah membaca Quran itu : "Adakah kamu Quran?" Lalu Quran mengakui orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya. 

Pada kedua ayah dan ibunya pula, yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?" 

Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Quran."

No comments:

Post a Comment