Friday, February 23, 2007

Futsal Tertutup Puncak Alam 2007

  1. Pertandingan ini adalah terbuka bagi penduduk-penduduk Puncak Alam, Felda Bukit Cherakah dan kawasan sekitaranya sahaja.
  2. Pertandingan tersebut akan diadakan pada 24hb March (sekiranya perlu) dan 25hb March 2007.
  3. Yuran pendaftaran bagi pertandingan futsal tersebut adalan sebanyak RM50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh sahaja)
  4. Pertandingan akan dijalankan secara liga, bagi pusingan pertama. Bagi pusingan yang kedua dan yang seterusnya, pertandingan akan diadakan secara kalah mati.
  5. Pertandingan FUTSAL TERTUTUP PUNCAK ALAM 2007 akan diadakan di Gelanggang Futsal GAPi yang terletak di Lorong Gugusan Alam 7/9, Section 7, Fasa 2, Puncak Alam.
  6. Seseorang pemain hanya boleh berdaftar dengan satu (1) pasukan sahaja. Jika terdapat pemain yang berdaftar dengan lebih dari satu (1) pasukan, kedua-dua pasukan tersebut akan dibatalkan penyertaannya.
  7. Setiap pasukan boleh mendaftarkan seramai lapan (8) pemain. Walaubagaimanapun, pihak penganjur akan menerima penyertaan pasukan yang mendaftarkan sekurang kurangnya lima (5) pemain.
  8. Setiap pasukan hanya boleh mendaftarkan maximum seorang (1) orang pemain sahaja yang mewakili sekolah, daerah, negeri, pasukan professional pada tahun 2006.
  9. Hanya lima (5) pemain sahaja dari satu-satu pasukan yang dibenarkan untuk berada di dalam gelanggang pada sesuatu masa.
  10. Perlawanan boleh di jalankan sekiranya sesebuah pasukan mempunyai sekurang-kurang nya empat (4) orang pemain didalam gelanggang.
  11. Pertukaran ahli pasukan adalah tidak dibenarkan setelah tarikh tutup penyertaan.
  12. Sekiranya sesebuah pasukan tidak hadir atau pun tidak mempunyai sekurang-kurangnya empat (4) orang pemain didalam gelanggang selepas 2 minit perlawanan sepatutnya bermula, maka pihak lawan akan diberi kemenangan dengan kiraan jaringan 3 – 0.
  13. Pertukaran pemain boleh dijalankan sewaktu permainan berlangsung. Pemain yang telah diganti boleh bermain semula didalam perlawanan yang sama.
  14. Jangka masa perlawanan adalah seperti yang berikut :- Pusingan pertama & berikutnya - 7 min + 7 min. Perlawanan akhir & tempat 3/4 - 10 min + 10 min.
  15. Setiap pasukan adalah digalakkan mempunyai jersi masing-masing. Walaubagaimanapun pihak penganjur akan menyediakan dua (2) set ‘beep” untuk pertandingan tersebut.
  16. Jumlah mata yang diberikan pada setiap perlawanan adalah seperti yang berikut Menang - 3 mata Seri - 1 mata Kalah - 0 mata
  17. Keputusan pengadil adalah muktamad. Walaubagaimana pun, jika terdapat apa-apa bantahan dari pasukan yang bertanding, ianya perlulah disertakan dengan bayaran sebanyak RM50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja)
  18. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 3hb March 2007 (Sabtu). Borang penyertaan yang telah lengkap di isi dan yuran pendaftaran hendak lah dibayar kepada pihak penganjur.
  19. Taklimat untuk ketua / penguras pasukan akan diadakan di Pondok GAPi yang terletak di Lorong Gugusan Alam 7/8, Section 7, Fasa 2, Puncak Alam pada 9hb March 2007 (Jumaat), jam 9.00 pm. Semua ketua / pengurus pasukan dikhendaki hadir untuk taklimat tersebut dan mencabut undi bagi pasukan masing-masing.
  20. Pihak penganjur berhak mengubah mana-mana peraturan pertandingan ini tanpa mendapat persetujuan daripada pasukan-pasukan yang bertanding.
  21. Pihak pengajur tidak akan bertanggung jawab diatas sebarang kecederaan yang dialami oleh mana-mana pemain semasa pertandingan dijalankan.

“KESELAMATAN, KEBERSIHAN, KEHARMONIAN”

Ketua,

Biro Sukan GAPi