Wednesday, August 15, 2007

Lagi update volleyball court

-dr e-mail Amit jugak-


Satu KEPUASAN….. yg tak terhingga

Puas melihat padang kita siap ahead of schedule

Puas melihat commitment & teamwork spirit Gapi

Puas melihat internal strength Gapi merealisasikan impian

Puas melihat anak2 & bapak2 meraikan padang

Walaupun tak seindah yg di impikan (kerana ujan da!)

Walaubagaimana pun... alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Pantang Gapi kerja sekerat jalan. Akan di usaha kan di stage akan datang… insyaallah.

Terima kasih… Gapi!

Monday, August 13, 2007

SIAP

Padang volleyball air mata GAPi dah siap?.. petang semalam kerja2 touch up fasa 1 di usahakan beramai2..

nnt sambung..

Tuesday, August 7, 2007

Progress Report - Volleyball Court Lagi

Pun Amik Amir punya e-mail..


Kekawan,

Target nak siapkan padang by 18th mungkin akan tercapai…. or mungkin ahead of schedule!!

On 18th. ..mungkin dah boleh buat trial run kot…he!he!

Plan schedule for coming works adalah seperti kat bawah ni

1 Malam ini /esok Formwork akan sampai. Shah managed to pinjamkan from his site. Kalu sempat kira ukur padang dan tarik tali mlm ni.

2 1 mlm selepas sampai nyer foam work (mlm Jumaat kot) – Gotong royong naikan formwork dan lay BRC

3 Sabtu / Ahad – Gotong royong ratakan concrete.

Prefer to work on Sat supaya Sunday boleh rest. Tapi semua nya bergantung pada courtesy site Pian dan kesampaian lori secara serentak.

Alatan perataan concrete, Shah boleh bawak from his site besides apa yg kita ada.

Perlu kah kita bayar expert workers to assist us? Ikut perkiraan geng pakar Gapi, kita tak perlu tenaga luar kerana tiada kerja pembancuhan or heavy duty work required. Tengok camno dulu lah…

Financial…. Baki semasa cuma ada $114 sahaja. Tapi kalu kita cuma perlu another sikit lagi… semua boleh di uruskan kan lah. Don’t worry!

Perbincangan lanjut akan di buat dan akan update kekawan. BTW, ringan2 kan lah tulang bila dapat SMS utk kerja2 diatas dan war-war kan lah kat geng yg tiada dlm e-group ni.

Standby this weekend and mlm Jumaat ok!

Gapi Boleh!!!!!

-AMIR-

Progress Report - Volleyball Court

-punyalah aku malas.. amik dr e-mail Amir jee-


Kekawan,

Impian padang 3 in 1 kita hampir menjadi kenyataan. So far so good, kita on schedule after kita revised to 1 week ahead from first plan. In fact, kita ahead 3-4 months pasal rancangan awal kita adalah towards hujung tahun.

Lubang untuk tiang pun dah di korek, sleeve pun dah tanam dan lubang dah di sealkan. BRC pun dah deliver dan telah di garikan.. Kalau ada kayu, form work mungkin juga sudah siap. Hopefully, kita dapat siapkan foam work this weekday and Sufian boleh arrange kan concrete by this weekend.

Shah & Sufian… ada chance ke nak pinjam foam work from site? Cepat kita dapat kayu, cepat kita naikkan foam work, cepat kita pasang BRC… silap2 ujung minggu ni, kita boleh tabur konkrit.

Aku ada nampak form work kat tapak bangunan near surau and rumah korner nearby sekolah. Boleh pinjam ngan dia orang tak or kita sewa je lah..

Cuma tergalat sikit pasal Back hoe tak sempat nak melandai padang bola dan area at other side of futsall yg agak berbonjol dan bercerun. Ni untuk future planning, walau pun area tu takkan selevel padang volleyball dan tak ber konkrit but at least proper lah sikit for netball, baseball or basketball. At least , boleh minimize kan risiko kecederaan…. part of our obligation on keselamatan.

Tang budget… tolong refer to attached account. Baki semasa tinggal $114 after major expenses. Tapi cost crusher run belum final lagi dan tak termasuk mee goreng Fadhlullah and teh Hisham. Coming expenses adalah rataan simen (kalu kita tak buat sendiri ler), simen penghalusan (sekira nya perlu), cat line dan juga tiang badminton/takraw. Spectator & referee bench… kira optional lah tapi kalu boleh…kita cuba cover sekali tiang for netball. Nanti merajuk pulak kaum ibu nanti.

Akhir kata, saya terharu dengan kemurahan hati para dermawan Gapi. FYI, ini adalah project terbesar kita selepas extension atap pondok. BTW, saya masih berharap lagi contribution kepada yg belum or yg tak sempat nak menderma. Walaubagaimana, saya tidak nampak apa2 masalah kewangan untuk menyiapkan padang kita ini. Terima kasih banyak2 semuga rezeki kekawan semakin murah.

Susah nak ucapkan terima kasih setiap orang…tahu sama tahu ler. Kepada yg meluangkan masa dan mengerah tenaga….terima kasih bebanyak dan kalu ada rezeki lebih, kita pi Jeram ok!

Mahu take up challenge ka….. Siapkan padang latest by 18th!!!!!!!

Wa la!!! Gapi boleh. Apa yg Gapi tak boleh buat?

Terima kasih sekali lagi

-AMIR-

Friday, August 3, 2007

Meeting Bulanan GAPi August 2007

Agenda Mesyuarat 7/2007
  1. Pemerimaan Minit 06/2007
  2. Laporan Bendahari
  3. Post Morterm Family Day
  4. Pendaftaran JKP – MDKS
  5. Court VolleyBall 3 in 1 GAPi
  6. Cabutan Undi – Jadual Rondaan
  7. Biro Kebersihan
  8. Biro Keselamatan
  9. Biro Keharmonian
  10. Biro Agama
  11. Biro Sukan - Pertandingan VolleyBall Fasa 1
  12. Lain-lain perkara
Malam ni pukul 9.00 malam bertempat di -------------------------------->

Volleyball Court Drive Fun(d)

-lagik extract email dr amir-


Kekawan,

Semalam ada teh tarik discussion berkenaan padang kita dan apa yang di rancang kan adalah seperti di bawah..

4th August (Ahad ni) About 9 pagi > Levelkan semula tapak pakai Backhoe. Hopefully 2-3 jam je

Pukul 12 Campact tanah (estimate 1-2 jam). Shah akan bawah compactor.

Pukul 2 Backhoe akan tabur crusher run dan di compact kan semual

Note : Tulang empat kerat kekawan di perlukan utk menjalankan kerja2 di atas terutama masa compact tanah & crusher run.

Crusher run - Plan to arrive on Sat. Shah akan arrange and negitiote. Last nite, best price was 23/tons.

Backhoe - Pian akan reconfirm. Jaz’s lubang ..standby. Last nite, best price was 200/day

BRC- Shah & Pian akan negotiate the best best price

Misc - Besi Lubang tiang & besi buat track lori masuk lintas longkang… Shah akan usahakan.

So far so good, kalu tak ada aral melintang, kita kan 1 week ahead from our plan.

8th August Kita boleh buat foam work and lay BRC.

Insyallah… padang kita boleh start terima konkrit by next weekend. Hopefully, 31st Merdeka’s vision kita tercapai!!!!

Terima kasih kepada semua yang terlibat terutama kepada our anchor men…. Shah & Pian.

Regards,

-AMIR-

Tuesday, July 31, 2007

Volleyball Court Update

-extract dr e-mail Amir ke GAPi Yahoo! Group-


BTW, Shah cakap padg tu kena level lagi. Kalu tak, crusher run kena pakai banyak.

Kalu boleh kita cari backhoe (apa spelling yg sebenar nyer) this weekend utk level kan semula.

So ikut rangkaan kasar aku …

4th August (Sat) Level kan semula … sewa backhole

5th August (Sun) Buat foam work

Korek lubang tiang volleyball & badminton

11th August (Sat) Tabur crusher run…. Kena sewa back pusher dan kena mampat sekali lagi

17th August or earlier Pasang BRC

Till 31st August Concrete time…

31st August Perlawanan Volley ball Merdeka!!!!!!!

Financial kasar (yg kat bawah ni) kita kenalah ikut program kasar kita..

Sewa backhoe > 200 (first round… bayar duit kopi kat Driver je… Ramadzan ada bayar kot)

Sewa bacpusher > 200

Pemampat> FOC

Besi utk lubang tiang> 100

Crusher run> 700

Kayu foam work> 200

BRC> 900

Upah (stage by stage) 500

So with less than 3K (kalu dak 8K) dan sebulan lagi… impian kita kan tercapai

Amacam…. Boleh buat meet ka dateline kita…

Hidup Gapi!!!!!!

Monday, July 30, 2007

Bolibol & Kerang

Arakian, tersebutlah kisah pada tanggal Jumaat 27/07/2007, backhoe telah datang meratakan tapak padang volleyball GAPi. Tp datangnya petang sangat.. jdnya setelah di 'dumping level' (betul ke eja aku nih) oleh Shahrani.. makan upacara meratakan tanah telah selesai...

28/7/2007
Sepatutnya backhoe dtg kul 2.00 tp postponed ke pukul 5.30. berderum bunyik dia menyodok, meratakan yg berbonggol. Pian, Jaz, Fazryl, Nizar, Ramadzan ada kat situ..

pukul 6.30 pegi amik compacter kat site shah.. naik lori 1 tan..

sampai balik kul 8.40 ke pondok..

kul 9.00 keja2 memampatkan tanah bermula. sambil tu Hisyam bawak kerang, Nizar bawak kuah cicahnya.. & upacara bakar kerang, tgk live Korea vs Japan AFC Cup dan memanpatkan tanah bermula..

mlm disudahi dgn tgk movie cite apa tah.. lam kul 2.30

ramai yg hadir.. tak bleh list sesatu

29/07/2007


suma pakat letih.. dah kul 6.30 baru ramai balik turun ke padang.. ukur2 laa.. apa yg patut..

pastu balik...

"DANA PEMBINAAN PADANG BOLATAMPAR INI MASIH BELUM MENCUKUPI.. DIHARAP KEPADA PEMBACA YG SUDI UNTUK MENYUMBANG BOLEHLAH HUBUNGI SAYA DI TALIAN 0123711554 - MAT. SUMBANGAN ANDA AMAT-AMAT DIALUKAN"

Thursday, July 26, 2007

Volleyball Court II

..semalam Amir / Yasin / Ramadzan dah ukur padang utk di sodok oleh back hoe..

zubir & saNNy tgk bola.. start lepas maghrib sampai kul 11.++..

harap pagi ni jdlaa back hou tu utk dtg dan clearkan yg berbonggol..

mlm ni nak amik gambar lee.. kot kalu dah siap sodok laa..

sambung esok

Wednesday, July 25, 2007

TV on WEB?

Testing.. 0987654321

Volleyball Court Meeting

Semalam, 24/07/07 ada meeting pasal volleyball court.

Nizar - tukang urut
Hisyam - ukang kena urut
Hesam - bertinggung atas pangkin baru
Ramadzan - Tuan Presiden
Fazryl - tukang antar SMS ajak meeting merangkap Setiausaha
Nordzelan - muney, money, money
Aku - dtg lambat
Pian - Sponsorship & Project manager
Abg Hanifah - adviser
AsaNNy - ada ke aa?..
Tn. Hj. Shukur - gua OK bai
Tun Amir - Project Director
Jaz - Banyak ckp.. hahaha
Yasin - spiker somersot

kalu ada lg yg aku tak sebut nama, tlg bagitau aa..

aku sesampai dah kat conclusion..

nak kena buat levelling pakai backhoe, crusher run, BRC, letak simen, buat line, opening ceremony kat Jakarta & main laa pepuas..

projek sampingan akan jd : netball court, basketball court, lawn ball field.. banyak gila yg nak dibuat..

sekian dulu, nnt update lg..

Tuesday, July 24, 2007

Program Kemasyarakatan GAPi

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Semenjak 2 menjak ni aku bz sket.. jdnya tak berapa dapat nak concentrate kat blog nih.. apa-apa pun tahniah & jutaan terima kasih diucapkan kepada semua penduduk GAPi kerana menjayakan aktiviti :

1. Bacaan Yaasin & Tahlil di rumah En Yasin.

2. Ceramah Agama & Kekeluargaan di rumah En. Fazryl

3. Hari Keluarga GAPi 2007 - di pusat komuniti GAPi

4. Demonstrasi cegah jenayah sempena Hari Keluarga GAPi 2007

5. Gotong-royong pembersihan pusat komuniti

6. Gotong-royong menaik taraf tempat penyimpan barang di pusat komuniti

7. Permainan volleyball setiap petang sabtu & ahad

8. Kesinambungan rondaan malam di kawasan GAPi untuk keselamatan

9. Pengurusan padang FUTSAL

10. -akan datang- Gelanggang bolatampar terbaru..

GAPi dihatiku - bak kata AsaNNy.

wassalam

Thursday, July 19, 2007

Prince Of Persia.. Game dedulu

Kalu dulu masa PC zaman 386, 486.. ada laa game nih...

yg asal pakai baju kaler putih.. tp ni dah advance sket.. scroll ke bawah dan ada game tu kat bawah nih.. enjoy..

sesekali layan bes jugak..

aku try dptkan karateka plak...

Thursday, July 12, 2007

Mirai E menyelinap ke GAPi

Hora ashimoto wo mite goran
Kore ga anata no ayumu michi
Hora mae wo mite goran
Are ga anata no mirai
Haha ga kureta takusan no yasashisa
Ai wo idaite ayumeto kurikaeshita
Ano toki wa mada osanakute imi nado shiranai
Sonna watashi no te wo nigiri
Isshoni ayundekita
Yume wa itsumo sora takaku aru kara
Todokanakute kowai ne dakedo oitsuzukeru no
Jibun no story dakara koso akirametakunai
Fuan ni naruto te wo nigiri
Isshoni ayundekita
Sono yasashisa wo toki ni wa iyagari
Hanareta haha e sunao ni narezu
Hora ashimoto wo mite goran
Kore ga anata no ayumu michi
Hora mae wo mite goran
Are ga anata no mirai
Mirai e mukatte
Yukkuri to aruite yukou


Tuesday, June 19, 2007

Budak Sekolah Pulak???

Apalah mentaliti kita?..

terang-terangan kejahilan melampau jadi di depan mata..

yg tukang canang.. suratkabar..

yg tukang buat.. klip video budak sekolah berani

yg tukang dpt dosa..

org2 yg sibuk nak buat 'kajian' laa kononnya..

terbaru.. pun dah masuk lam youtube..

isk...

Tuesday, June 12, 2007

Kasihanilah mereka

Asal keluar je dlm sokkabar pasal cita sensasi, maka berduyunlah mereka-mereka yg ada kelebihan berinternet untuk mencari video-video. Terbaru, semalam atau kelmarin, seorang lelaki ditangkap kerana menyalahgunakan kepandaiannya dlm CCTV dan siap bleh tengok dr dlm keta lagi..

Yang jadi mangsa adalah

siswiUIAM.mp4

adakah adil ini untuk mereka semua... TIDAK sesekali.. walau apapun alasan lelaki itu, hukuman setimpal haruslah dikenakan keatas durjananya perbuatan dia..

.. kesudahannya adalah yang mencari..

IIUMstudent.mp4

IIUMstudent.3gp

IIUM_student.wmv


..betapa 'rakus'nya mata-mata mereka yg ingin menelanjangkan keaiban orang lain...

Tuesday, June 5, 2007

Renungan

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa):" Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir ".(QS. 2:286)

HARI KELUARGA GAPi 2007

Sepertimana yg telah sedia maklum, Hari Keluarga GAPi 2007 akan diadakan pada 7/7/2007.

Diminta tolong kepada semua ahli agar dapat menyerahkan borang pendaftaran kehadiran bersama sumbangan RM30.00 kepada Ketua Blok memasing.

Arini dah 5/6/2007. Lusa (7/6/2007) adalah dateline utk penyerahan. Tolong bagi kerjasama.

SekianG

Friday, June 1, 2007

Majlis Ilmu & Tahlil

Sila ambil perhatian bahawa majlis ilmu & tahlil ditunda kepada 23hb Jun 2007.

Perkara yg jarang kita buat ini diharapkan agar dapat dimanfaatkan sepenuhnya..

Wednesday, May 30, 2007

Monday, May 28, 2007

BBQ dengan jayanya

Pada hari Sabtu yang lepas, saya dan kawan-kawan telah dengan jayanya menjalankan aktiviti memBBQ sambil berborak-borak kosong. Disamping itu juga, setelah mendapatkan VCD Ori Jangan Pandang Belakang,, tayangan perdana peringkat GAPi juga diadakan.

Makanan seperti biasa ada yang berlebih. Pada pukul 3.30pagi waktu tempatan, saya bersama Nizar, Asanny (sudah eja bebetul) dan Jaz terpaksa meninggalkan Wan Zakaria berseorangan kerana partner dia tak datang bertugas.

Sekian laporan BBQ

Yang benar-benar kenyang

Friday, May 25, 2007

Lauk yang di cari?


lauk.3gp

lauk.avi

lauk.wmv

lauk.wma


aloooooo.. jgn jadi bangsat sebangsat mat rempit yg gampang..

carilaa tempat lain.. sini tak de suma tu.. eh?..

Friday, April 20, 2007

Wahai..

Wahai orang2 yang beriman..

DAH SOLAT KE?

kalau belum.. bebawak laa gi solat.. kan ke solat itu tiang agama.. maka tegakkanlah tiang itu dan jgnlah biarkan tiang itu terbaring..

Slamat Datang

Slamat dtg kepada Nizar, Asanny, Ruzaini & Suffian ke laman Blog GAPi.. dorang bleh contribute posting kat sini dah..

lagi..

sapa nak dpt invite.. sila bg tau aku..

Wednesday, April 4, 2007

Gotong Royong April 2007

Adalah dengan ini, setlah diperkenankan oleh AMP & Ketua Biro Kebersihan, gotong-royong kawasan GAPi akan diadakan pada :

Tarikh : 15 April 2007
Masa : 8.00 pagi

Sila bawa kelengkapan & peralatan sesuai untuk gotong-royong. Sarapan 'pot-luck' juga amat digalakkan.

Sekian, termcashondelivery

Takziah

Tanggal 27 / 03 /2007, GAPi menerima berita sedih diatas pulangnya ke Rahmatullah 2 orang ahli.
Takziah diucapkan kepada keluarga :


1. En Roslan, No 5, LGA 7/9
Di bawa pada 27 / 03 / 2007 ke kampung arwah di Sitiawan, Perak untuk pengkebumian.
Arwah berumur 53 tahun

2. Muhammad Ameerul Hazriq B Abd. Aziz (Anak kepada En. Aziz), No. 74, LGA 7/6.
Disemadikan di Kawasan Perkuburan Felda Bukit Cerakah
Arwah berumur 14 / 15 tahun

Semoga Allah mencucuri rahmat kepada arwah-arwah.

Al-Fatihah

Friday, February 23, 2007

Futsal Tertutup Puncak Alam 2007

  1. Pertandingan ini adalah terbuka bagi penduduk-penduduk Puncak Alam, Felda Bukit Cherakah dan kawasan sekitaranya sahaja.
  2. Pertandingan tersebut akan diadakan pada 24hb March (sekiranya perlu) dan 25hb March 2007.
  3. Yuran pendaftaran bagi pertandingan futsal tersebut adalan sebanyak RM50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh sahaja)
  4. Pertandingan akan dijalankan secara liga, bagi pusingan pertama. Bagi pusingan yang kedua dan yang seterusnya, pertandingan akan diadakan secara kalah mati.
  5. Pertandingan FUTSAL TERTUTUP PUNCAK ALAM 2007 akan diadakan di Gelanggang Futsal GAPi yang terletak di Lorong Gugusan Alam 7/9, Section 7, Fasa 2, Puncak Alam.
  6. Seseorang pemain hanya boleh berdaftar dengan satu (1) pasukan sahaja. Jika terdapat pemain yang berdaftar dengan lebih dari satu (1) pasukan, kedua-dua pasukan tersebut akan dibatalkan penyertaannya.
  7. Setiap pasukan boleh mendaftarkan seramai lapan (8) pemain. Walaubagaimanapun, pihak penganjur akan menerima penyertaan pasukan yang mendaftarkan sekurang kurangnya lima (5) pemain.
  8. Setiap pasukan hanya boleh mendaftarkan maximum seorang (1) orang pemain sahaja yang mewakili sekolah, daerah, negeri, pasukan professional pada tahun 2006.
  9. Hanya lima (5) pemain sahaja dari satu-satu pasukan yang dibenarkan untuk berada di dalam gelanggang pada sesuatu masa.
  10. Perlawanan boleh di jalankan sekiranya sesebuah pasukan mempunyai sekurang-kurang nya empat (4) orang pemain didalam gelanggang.
  11. Pertukaran ahli pasukan adalah tidak dibenarkan setelah tarikh tutup penyertaan.
  12. Sekiranya sesebuah pasukan tidak hadir atau pun tidak mempunyai sekurang-kurangnya empat (4) orang pemain didalam gelanggang selepas 2 minit perlawanan sepatutnya bermula, maka pihak lawan akan diberi kemenangan dengan kiraan jaringan 3 – 0.
  13. Pertukaran pemain boleh dijalankan sewaktu permainan berlangsung. Pemain yang telah diganti boleh bermain semula didalam perlawanan yang sama.
  14. Jangka masa perlawanan adalah seperti yang berikut :- Pusingan pertama & berikutnya - 7 min + 7 min. Perlawanan akhir & tempat 3/4 - 10 min + 10 min.
  15. Setiap pasukan adalah digalakkan mempunyai jersi masing-masing. Walaubagaimanapun pihak penganjur akan menyediakan dua (2) set ‘beep” untuk pertandingan tersebut.
  16. Jumlah mata yang diberikan pada setiap perlawanan adalah seperti yang berikut Menang - 3 mata Seri - 1 mata Kalah - 0 mata
  17. Keputusan pengadil adalah muktamad. Walaubagaimana pun, jika terdapat apa-apa bantahan dari pasukan yang bertanding, ianya perlulah disertakan dengan bayaran sebanyak RM50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja)
  18. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 3hb March 2007 (Sabtu). Borang penyertaan yang telah lengkap di isi dan yuran pendaftaran hendak lah dibayar kepada pihak penganjur.
  19. Taklimat untuk ketua / penguras pasukan akan diadakan di Pondok GAPi yang terletak di Lorong Gugusan Alam 7/8, Section 7, Fasa 2, Puncak Alam pada 9hb March 2007 (Jumaat), jam 9.00 pm. Semua ketua / pengurus pasukan dikhendaki hadir untuk taklimat tersebut dan mencabut undi bagi pasukan masing-masing.
  20. Pihak penganjur berhak mengubah mana-mana peraturan pertandingan ini tanpa mendapat persetujuan daripada pasukan-pasukan yang bertanding.
  21. Pihak pengajur tidak akan bertanggung jawab diatas sebarang kecederaan yang dialami oleh mana-mana pemain semasa pertandingan dijalankan.

“KESELAMATAN, KEBERSIHAN, KEHARMONIAN”

Ketua,

Biro Sukan GAPi

Tuesday, January 30, 2007

Bubur Asyura






Arakian tersebutlah alkisah penduduk2 GAPi yg dah bersetuju untuk memasak bersama Bubur Asyura.. sempena menyambut kedatangan hari ke 10 bulan pertama kalender Islam 1428H.. 10 Muharram 1428H..

Awal seawal pagi lg si Jibam dah tanya Pian.. mana?.. dan jawapannya.. pukul 11.00am laa.. hakdish..

Pukul 10.30am.. khemah dah siap dipasang.. hadirin semakin ramai.. segala barangan yg dibeli oleh Nizar & Kamarudin siap keluar dr pondok..

Aku.. melayan ayam 4 ekor.. dah siap amik semua isi.. tulang terjun ke kuali besar utk disupkan..

kul 11.30am.. memasing dah sibuk di pondok.. suma berjalan lancar.. apa yg tak cukup dicukupkan.. mana yg tukang rebus.. merebus.. yg tukang bancuh.. membancuh.. yg tukang mandur.. memandu.....r yg tukang buat2 cam kerja.. buat kerja apa pun sambil minum2 air pasal lebih suara kuar.. isk.. kekekeke..

dipendekkan ceritera.. kul 1.30 ptg.. makanan tegahari sampai.. menu.. bubur nasi, nasik ayam, sup tulang ayam, sambal kicap, tomyam udang, ayam goreng, ikan selar kecik goreng.. banyak laa rezeki yg datang dr Allah.. Alhamdulillah.. syukur..

sementara dah menunggu nak masak.. ramai yg balik solat zohor aka terlelap sampai tak leh bukak mata.. dan kul 3.30pm suma dah masak & kul 4.45pm di bahagi2kan kepada suma penduduk GAPi & surau Al-Furqan...

Pas tu.. solat Asar & main volleyball...

Nanti ada sambungan...



Friday, January 26, 2007

Our thoughts..


Malam semalam.. Nizar nak create blog.. ni haa laa kisahnya

Masa : 9.30pm (an hour after routine Malam Jumaat 'activity')
Tempat : Pondok GAPi
Kehadiran : matJOS, Lt. Kol. (B) Jack, Kamaruddin, Nizar, Tun (to be) Ramadzan, Fazryl, Pian, Hisyam, Asanny, Amir, Jaz, Nordzelan, Ruzaini, Shukor, Jibam Keluang Man, Nik (memana yg tertinggal tu.. maaf laa ye)

Gambar : Tak de kena mengena ngan meeting semalam

agenda utama.. macammana nak buat bubur asyura..

bincang ponya bincang.. dptlaa kata sepakat..

ayam & segala bahan2 akan dibeli oleh Nizar & Kamaruddin kat Low Yat..

pastu nnt masak aa reramai kat pondok..

Lepas pada tu.. mulalah acara borak2 yg tak habis... kat situ laa timbulnya idea nak buat BLOG nih.. atau nama saintifiknya blokessesusss joboniusessaessdeusus.. (bak kata JAZ)

nantilaa aku sambung..