Monday, September 1, 2008

Ramadhan 1429H - Tazkirah

Alhamdulillah.. Allah memanjangkan usia kita utk menikmati sekali lagi Ramadhan tahun ini. Seperti tahun2 yg sebelumnya, Surau Al-Furqan menjadi tumpuan penduduk sekitar Fasa 2 utk menunaikan Solat sunat tarawih.

Setelah selesai 4 rakaat satu tazkirah ringkas diadakan.

Isi kandungannya berkisar tentang :

  1. Makna syaitan dibelenggu - adalah kerana tiada ruang utk syaitan mencelah bilamana umat islam meningkatkan amalan mereka di bulan ramadhan
  2. Rahmah di sepuluh hari pertama berpuasa, maghfirah di sepuluh hari kedua, dan menjauhkan diri dari api neraka (+- cenggini laa.. sbb aku tak dpt perkataan sebelum minan naar tu).. maklumlaa duduk belakang, kat luar plak tu..) di sepuluh hari terakhir ramadhan.
  3. betapa pentingnya solat lima waktu sebagai panduan utk kehidupan seharian manusia
  4. Pentingnya solat jumaat sebagai panduan utk kehidupan seharian manusia
  5. Pentingnya Puasa sebagai panduan untuk kehidupan tahunan manusia
  6. Betapa haji menjadi panduan utk seluruh masa kehidupan manusia
Maaf sebab ringkas sgt, sebab, main ingat dlm kepala jee.. InsyaAllah hari2 seterusnya aku bwk pen & kertas utk mencatat...

Lepas tarawih & witir, adalaa jamuan more & disambung dengan tadarus al-quran.. sempatlaa membaca sahingga mukasurat 25 (mushaf uthmani).. dah masuk juzuk yg kedua pun..

segala yg baik dtg dari Allah, dan kekurangan itu sifat manusia yg macam aku ni laa...

wassalam.. jumpa lagi esok lusa.. sekiranya diizinkan Allah

No comments:

Post a Comment