Wednesday, May 27, 2009

BIODATA RASULULLAH SAW

copy paste dr email Taman2Syurga

BIODATA RASULULLAH..

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH SAW

BIODATA RASULULLAH..

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH SAW

BIODATA RASULULLAH SAW
• Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
• Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka'abah)
• Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
• Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
• Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf
• Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
• Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
• Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenaliHalimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)
USIA 5 TAHUN
• Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.
USIA 6 TAHUN
• Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
• Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya 'Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
• Datuknya, 'Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
• Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
• Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
• Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN
• Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah' , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
• Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk member pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.
USIA 25 TAHUN
• Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
• Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
• Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
• Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
• Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka'abah.
• Pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
• Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
• Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
• Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
• Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN
• Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.
1. Khadijah Binti Khuwailid
2. Saudah Binti Zam'ah
3. 'Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah binti 'Umar (anak Saidina 'Umar bin Al-Khattab)
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
7. Zainab Binti Jahsy
8. Maimunah Binti Harith
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
10. Zainab Binti Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin'; Ibu Orang Miskin)
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra'
ANAK TIRI RASULULLAH SAW
1. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).
SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW
IBU SUSUAN
1. Thuwaibah
SAUDARA SUSUAN
1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

IBU SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah
SAUDARA SUSUAN
1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul 'Uzza
3. Syaima' binti Harith bin Abdul 'Uzza
4. 'Aisyah binti Harith bin abdul 'Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK
KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-'Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya 'Abdul 'Uzza)
8. Abdul Ka'bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. 'Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-'Awwam) ***
*** Sempat masuk Islam.
## Ulama' berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas)

Tuesday, May 19, 2009

Rondaan bermotor

baru jap tadi Jaz datang dgn pen & kertas utk setuju beli moto EX5..

motor tu untuk peronda & petugas malam paksarela GAPi.. OK apa..

tp mentenen nnt kena laa jaga sesama.. & yg pastinya jgn jadikan ia hartatakpayahjaga..

...terlebih laa plak ii

.. aku keluar rumah, bikin tawaf 1 pusingan.. tgk tak de yg mencurigakan.. gi umah shukor.. laa dia pun sudah kina.. tv game melotop..

balik umah jumpa mail, pun sama kata dia, plug ada yg meletup.

call tnb.. masa tu baru pukul 12.45 cenggitu..

kul 1.50 ada staff tnb dtg cek.. dia gi off kat PE jee..

sampai laa kul 5.00 baru dua bijik lori dtg utk check bebetul.. baru laa tau yg terlebih tu rupanya supply letrik..

rupa2nya, ada wayar neutral kat tiang depan umah lan presiden yg tebakar.. tu laa nak dijadikan cite..

efeknya kat umah abg md zain, shukor, aku & mail jee..

esok baru adjuster TNB dtg nak buat valuasi kerosakan..

adakah kita bleh dpt tuntut kerugian.. hahahhahahahahha.. doanya cenggitulah..

Monday, May 18, 2009

...terlebih laa plak

tanggal 17 may 2009 kat lorong 7/5, lepas balik dr pasar besar klang & 2ply (sham.. adalaa 2ply.. haha)

pasang ekon bilik sesejuk rasa 18 sarjana aka degree selsius.. tutup mata..

eh pasal plak ekon ni tetiba sejuk ngalahkan ekon cameron hailen.. pastu bleh off sendri plak..

biolee.. aku turun & senduk nasi ayam ngan kambing bakar smalam yg di 'kip wom' dlm periuk nasi letrik...

layan melodi laa.. bukak tv.. kletak.. kletuk... eh.. pasal plak tv aku nih.. off tv, off hifi purba, off astro.. naik atas.. ingat nak off ekon... rupanya.. mmg dah off senfdiri..

tgk kipas.. laa masa bila plak pasang 5 nih.. laju gile..

nak ubah tgk.. eh.. baru satu..hmm.. try bukak lampu bilik air lee.. ktak.. dan 'TEBABO' laa.. lari turun bawah.. tutup main swiss.. jenguk kt luar.. eh pasal suma org buat tk tau nih...

nnt laa sambung.. nak tgk movie plak..

Tuesday, May 12, 2009

cuti-cuti GAPi




lagi cerita nanti aku cedok dr email korunk.. hahaha.. (eja korunk cam gampunk)

Thursday, May 7, 2009

Hari Keluarga - Gegambar




ada laa tambah sket..

sebelum cuti2 gapi..

err.. kelas masakan gapi tak de gambar yg di upload ke aa?