Thursday, March 4, 2010

Cubaan Menceroboh, Ahad 28-Feb

Salam semua wahai ahli keluarga GAPi.
Dimaklumkan satu cubaan menceroboh rumah Ketua Biro Keselamatan (KBK) telah dapat dipatahkan. Peristiwa ini berlaku pada Ahad lepas, waktu malam yang masih awal. Penceroboh cuba memasuki kawasan rumah sebelah belakang, namun dapat dikesan oleh jiran rumah belakang.

Justeru itu, suka saya mengingatkan semua, bahawa nampaknya trend kecurian telah bermula. Minta maklumkan kepada jiran-jiran semua untuk bekerjasama memasang lampu depan dan belakang pada waktu malam bagi memudahkan pemerhatian kawan-kawan.

Di samping itu, pastikan isi rumah tahu siapa yang perlu dihubungi jika berlaku kecemasan.
Aku rasa kawasan kita diperhatikan kerana, rumah KBK tiada kereta dan cuma lampu dalam rumah menyala dan isteri beliau seorang diri di dalam rumah pada waktu itu.

Tolong ye.... beringat sebelum kena!

No comments:

Post a Comment