Wednesday, September 10, 2008

Tazkirah Ramadhan - Mlm 8

Salam semua.. dan salam sejahtera..

opppssss.. miss lagi mlm 7 sebab kena tunaikan tuntutan kerja..

Tazkirah Mlm 8 - Ustaz Shauki Bin Ismail

Rasulullah SAW bersabda - Wahai sahabatku, jikalau kamu melalui suatu tempat yg dr taman syurga, maka kamu ambillah manfaat daripadanya.

..dan sahabat bertanya - Apakah yg dimaksudkan dgn taman2 syurga itu ya Rasulullah.

Jawab Rasulullah SAW - Ia adalah satu majlis g mengingati aku (yakni Rasulullah SAW) dan Allah SWT - Majlis Ilmu

Mengapa mampu puasa tp tidak solat?..

kerana tiada kekuatan roh & tertewas dgn kekuatan nafsu. Fitrah manusia adalah mengiakan bahawa Allah SWT adalah Tuhan mereka

seterusnya ustaz menceritakan ttg bagaimana Rasulullah SAW membina kekuatan dalam menyampaikan ajaran Islam kepada penduduk di Mekah.

-selingan- kenapa memakai serban dgn menutup sebelah telinga? sunnah Nabi, sebagaimana yg diamalkan oleh tuan2 guru di Yaman

Tujuan Rasulullah SAW adalah untuk menampakkan fitrah manusia itu sendiri.

'Aam khuzun - tahun kesedihan, dimana Rasulullah kehilangan isteri Baginda, Sayyidatina Khadijah, dan juga bapa saudaranya, Abi Thalib.

untuk menghilangkan kesedihannya, Nabi Muhammad SAW berjalan ke Taif untuk berjumpa dengan kaum kerabat disana tetapi tidak diterima mereka, sehingga dibaling batu dan darah mengalir di pipi Baginda. Allah memerintahkan Jibril untuk turun ke bumi dan berkata Jibril kepada Nabi Muhammad utk meminta apa sahaja yang dihajati setelah menerima balasan yg tidak baik dari penduduk Taif, namun Nabi Muhammad mengangkat tangan sambil berdoa mengatakan bahawa mereka tidak mengetahui.

Begitulah +- bagaimana sabarnya Rasulullah dalam menyampaikan ajaran Islam. Itulah yang sepatutnya menjadi baja kepada umatnya utk menghayati seterusnya meningkatkan kedudukan roh masing2.


Jadi, kenapa mampu puasa tp tidak solat :

1. Roh atau fitrah tewas ditangan shahwat
2. Kurang mengunjungi majlis ilmu

diakhir tazkirah, ustaz menceritakan pengalaman beliau semasa berpuasa di Yaman. bagaimana ibadah yg dilakukan disana melebihi apa yg diamalkan di Malaysia, utk menunjukkan bahawa kita sentiasa mempunyai peluang utk memperbaiki amalan kita dari hari ke hari.

wassalam

No comments:

Post a Comment