Wednesday, September 3, 2008

Ramadhan 1429H - Tazkirah 3

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Sebenarnya aku 'miss' berjemaah tarawih smlm..

mlm ni alhamdulillah.. Allah bagi kebenaran utk ke surau, bukan sebab adanya kelapangan, bukan sebab sihat tubuh badan.. kerana ada yg lebih lapang masanya dan lebih sihat tubuh badannya, tetapi tidak didorong utk ke sana..

begitulah lebih kurang mukaddimah tazkirah malam ni..

seterusnya, penceramah meriwayatkan tentang bagaimana Baginda Rasulullah saw menyambut Ramadhan.. bagaimana GEMBIRAnya Baginda setiap kali datangnya ramadhan, dengan doa memohon keberkatan seawal bulan rejab, keberkatan di bulan syaaban dan doa agar diberi peluang untuk dapat menghayati ramadhan sekali lagi pada tahun itu.

di sambung pula dgn bagaimana rukun iman sebagai input (biji benih), rukun islam sebagai proses (pokok) dan ihsan sabagai output dlm kehidupan kita sebagai seorang muslim.

dibulan ramadhan ini juga penceramah mengajak semua untuk tidak mengekang nafsu diri tetapi lebih kepada mendidik & memupuk nafsu agar mengikut kata fikiran waras selari dengan saranan agama islam utk lebih penghayatan kearah nikmatnya ramadhan

... mintak maaf, sekali lagi aku lupa nak bawa pen & kertas / PDA utk catatan.. Insyaallah, mlm esok aku cuba utk bawak PDA..

selesai solat sunat witir, tahlil dan more, tadarus diteruskan.. terbahagi kepada 3 kumpulan dan berjaya menghabiskan setakat separuh dari juzuk 7. (surah al-an'am)..

semoga ada lagi peluang sebegini esok.. wassalam

No comments:

Post a Comment