Saturday, September 6, 2008

Tazkirah Ramadhan - Malam 4 & 5

Salam semua.. selamat sejahtera juga..

kenapa pulak 4 & 5 sekali nih. Sebenarnya smalam ada tazkirah. tazkirah berjalan dgn lancar, penceramah menriwayatkan tentang istiqamah dlam beribadat, khususnya istiqamah dlm berpuasa.

ada 2, 3 hadith & penceritaan dari Quran seperti bagaimana Rasulullah menekankan kesederhanaan dalam ibadat yang mana selain dari puasa fardhu keatas umatnya, tiada puasa sunat  yang lebih dari puasa Nabi Daud AS, yakni berpuasa sehari dan berbuka pada hari berikutnya.

penceramah juga bercerita mengenai Ashabul Kahfi yang tetap beristiqamah dengan ajaran yg benar, cerita Ghulam yang hanya boleh dibunuh dengan raja perlu menyebut Dengan Nama Allah, Tuhan Ghulam.. dan Ashabul Khandaq..

lelain dr itu, masih ada dlm catatan kat PDA, tp semuanya dah bertindih2.. my mistake.. maaf.. tak boleh dibaca langsung..

well..

malam ni, tazkirah dimulakan dengan alunan qasidah dari Ustaz Amaluddin yang bermaksud (lebih kurang) Ramadhan datang bertemu dgn kita, Ramadhan juga senyum kearah kita, maka berbahagialah pd si hamba yang berebut untuk menghidupkannya..

Penceramah mengingatkan yang kita tidak perlu untuk berpuasa kerana rutin atau adat tahunan tetapi lebih kepada tuntutan dan kepatuhan kepada ajaran dan amalan Islam.

Puasa dr sudut fiqh terbahagi kepada 2, yakni wajib dan sunat.

Menurut tulisan Allahyarham Ustaz Sulaiman Endut, puasa wajib ada 4.

  1. Puasa dibulan Ramadhan
  2. Puasa Qadha'
  3. Puasa Nazar
  4. Puasa Kifarat
Puasa sunat pula adalah berperanan utk menampung serta memperbaiki puasa fardhu yang compang-camping. Ustaz Amaluddin juga mengingatkan semua tentang puasa 6 hari di bulan Syawal sebagai pelengkap utk puasa Ramadhan untuk mendapat pahala seperti setahun berpuasa.

Tazkirah bersambung dengan tingkatan puasa menurut Imam Al-Ghazali  dalam bukunya Ihya Ulumuddin. Puasa terbahagi kepada3 :

1. Puasa Orang Awam 

  • kebanyakannya hanyalah sekadar lapar dan dahaga
  • puasa yang tiada bernilai, dan semakin kasar, liar dan tamak dijiwa
  • dia tidak bertambah kpd Allah memalinkan bertambah jauhnya
  • Walia'uzubillahi min zalik sekiranya puasa kita berada di tahap ini
2. Puasa Orang Soleh

  • pancainderanya turut berpuasa
  • mudah2an Allah memberi pengampunan setelah kita selesai berpuasa
  • Imam Al-Ghazali membuat jilid khas dalam memperbincangkan Affatul lisan 
3. Puasa khawwaz / khusus bil khusus

  • hati & fikiran turut berpuasa
  • diharapkan mendapat puasa di tahap ini. Insya Allah
Akhirul kalaam, wassalam.. jumpa lg mlm esok..

No comments:

Post a Comment