Wednesday, June 9, 2010

Famili Day.... Oh ..... Family Day

Senyap sunyi jer kat GAPi nih. Hari yang ditunggu-tunggu tak lama jer lagi, 3 July.... lagi 3 minggu. Kang dah cirit baru nak cari jamban, berat ler.

Tapi rasanya 2 minggu terakhir tu akan rancak ler kot. Mungkin duit tak masyuk lagi, tu yang pergerakan jadi slow.

Sikit checklist:
1. Sumbangan Dermawan
2. Surat jemputan
3. Nak beli hadiah
4. Nak beli door gift
5. Nak minta khemah dari MDKS
6. Nak balut hadiah
7. Nak buat gotong royong kebersihan
8. Tempah makanan & minuman
9. Bahagi kumpulan
10. Banner
11. Permainan sukaneka
12. Acara malam (games kanak2, orang dewasa)
13. Lagi?

ehem2 dah buat surat, tapi sapa nak serah kat semua jemputan?

Monday, May 24, 2010

Hesan Juara Karom KRT, Fasa2

Bravo Hesam!!!
Tahniah kerana berjaya menjadi juara acara single kejohanan karom antara zon-zon KRT Fasa2.

Sayangnya, tak ada sorang pun member semasa acara akhir tu berlangsung (cuma wakil GAPi dalam KRT). Ehem2 rasa bangga Hesam dalam masa yang singkat (~20 mins) menewaskan pihak lawan, 2-0.

Teknik main yang sangat berbeza antara kedua-duanya. Lawan Hesam lebih kepada permainan tanam untuk menyekat kemaraan Hesam. Sebaliknya Hesam dengan permainan 'cool' tak kacau buah lawan, selamba jer memasukkan buah satu persatu......

Lepas ni, geng GAPi kena panggil beliau sifu!

Ehem2 minta maaf tak dapat hadir semasa penyampaian hadiah kerana terpaksa ke Klang.....

Tuesday, April 27, 2010

Aweks UiTM

Coba tengok awek UiTM ni ha! Aduhai gemalainya.... teringat Ehem2 masa muda2 dolu!

Ehem2 dengar cerita ramai pelajar UiTM cari rumah sewa.

Lam tadi Ehem2 pun menyibuk kol tuan rumah kosong kat blok Ehem2. Semuanya dah ditempah oleh student.... pompuan lak tu! Kawan2 lain jangan lak cemburu ye... bertuah lah penghulu blok Ehem2!!! Jangan lupa bagi kontek number kat Biro Komunikasi... bukan apa, mana tau ada kawan Ehem2 yang dapat bantu.....

Ehem2 mintak maaf kerana ramai yang kecewa sebab tak dapat sewa kat blok Ehem2. Kesian kat dia orang semua ye....! So kawan Ehem2 yang lain camne? tak mau ke kempen kat blok korang???

Ehem2 ingat nak buat team bola jaring la lak lepas bulan 7 nanti...... :-)

Monday, April 26, 2010

Pertandingan Bolatampar antara Lorong GAPi.

Adus… badan Ehem2 rasa sakit2, tapi keseronokan masih terasa. Semangat sukan mula terasa kat dalam jiwa….

Panas yang sangat terik…. 2.30pm beb! Sorang2 mula kelihatan dibawah pokok. Penganjur kena belasah teruk sebab panggil kul 2.30pm, tapi penganjur steady jer senyum sokmo. Itu la GAPi.

Antara yang menarik perhatian, ada la sorang mamat tu takut hitam…… pakai baju lengan panjang beb…. Ada lak yang siap ambik tudung bini buat tambah semangat. Pemain import pun ada…. Jepun mari la, Swiss mari la, namun Jepun punya turun lambat sikit, turun padang la, bukan turun hok tu!

Tengah syok main… syok ke! Paneh woo…. Hujan pun turun. Hujan saja tak pe, ni hujan paneh beb….. siap kilat sabung menyabung…. Apa lagi, ramai cabut balik rumah cari bini. Ada gak yang bini datang panggil kat pondok…. Hehehe…. Kawan yg kurang nasib baik dok la kat pondok sampai hujan berenti….

Lepas hujan stop, sambung lagi main…. Tapi tak sempat habis… bila nak sambung wei…?

Ehem2 respect kat kapitan 7/5….. dah la bini tarak rumah, dia kasi tidor baby dulu, pas tu join main.
Lagi satu Ehem2 diberitahu, bekas kapitan 7/5 yang dilucutkan jawatan pecut 140km/hr dari Ganu semata-mata nak join game ni… memang berbaloi sebab dia dapat “belasah” 7/6!!!

Ehem2 harap member2 lain dapat lah join next time or next program.

Gambor mana wei…!?

Thursday, March 25, 2010

Takziah Hesam

Baru aku masuk opis, on komputer, terus dapat sms dari sorang member: "Hesam dalam perjalanan pulang ke kampung kerana ibu meninggal dunia".... cepat2 aku call Hesam dan beliau mengesahkan ibu tersayang meninggal lepas subuh kerana sakit tua, Innalillah...

Mari kita doakan semoga roh ibu Hesam ditempatkan bersama roh orang2 yang beriman.
Al-Fatihah.


Ehem2 baru cakap ngan ibu malam tadi...

Kecurian Lagi......

Apa nak jadi dah sekarang.... kes semakin menjadi-jadi. Bulan ni saja dah 3 kejadian LGA 7/1, NS 8/11 dan terbaru hujung minggu yang lepas LGA 7/6, rumah korner setingkat.

Pada member-member, jangan la simpan barang kemas banyak2 kat rumah. Jangan la cuai walau sedetik pun. Aku ronda malam kat kawasan GAPi ~ kul 11pm malam tadi, ada gak pintu pagar rumah biar terbuka jer. Kekadang naik malas, dah letih dok remind kekawan pasal keselamatan ni.. orang kata "berbuih mulut". Bila dah kena Biro Keselamatan gak pening nak cari kaedah terbaik... tapi tuan punya diri yang cuai....

Tambah heran..... ada gak penduduk yang buat hal dia jer....

Apa pun, terima kasih pada kekawan yang ada kat GAPi siang hari, pada korang jer la kami harapkan waktu siang.

Ehem2 usik sikit jer.....

Monday, March 15, 2010

Hujung Minggu GAPi

Amalkan gaya hidup sihat....
Aktiviti warga GAPi di hujung minggu. Besar, kecil semuanya gembira!

Sunday, March 7, 2010

Ahad, 7hb awal pagi...

aksi mencurigakan dari dua orang ni sempat dirakam ketika suasana yang semakin sejuk dengan tiupan angin awal pagi.... Maklum la pondok public!


Kehadiran petugas rondaan malam GAPi telah dapat mencegah perbuatan yang tidak diingini. Seorang dari petugas malam (sebelah tiang) sedang memantau tingkah laku mereka ini.


Geng layan bola malam tu sedang asyik dengan aksi-aksi MU.

Bapak sapa la ni....? Sedang asyik dilamun mimpi di kesejukan pagi.

Saturday, March 6, 2010

Meeting GAPi

Malam tadi meeting, 9.30pm sampai kul 12.15am. meeting lama, dapat makan kuaci jer.... air nescape 3in1 buat sendiri. Cam ni bawak dari rumah air tongkat ali sedap gak!

Lepas meeting ada lak member pelawa pekena kat mamak. bagai orang mengantuk disorong bantal ler.... count me in!!!

Banyak benda yang dibincangkan dalam meeting. alamak! amenda yang kita bincang huh!? dah lupa lak..... hehehe jangan marah ye AMP. Banyak tul yang kita story lam tadi......

Thursday, March 4, 2010

Cubaan Menceroboh, Ahad 28-Feb

Salam semua wahai ahli keluarga GAPi.
Dimaklumkan satu cubaan menceroboh rumah Ketua Biro Keselamatan (KBK) telah dapat dipatahkan. Peristiwa ini berlaku pada Ahad lepas, waktu malam yang masih awal. Penceroboh cuba memasuki kawasan rumah sebelah belakang, namun dapat dikesan oleh jiran rumah belakang.

Justeru itu, suka saya mengingatkan semua, bahawa nampaknya trend kecurian telah bermula. Minta maklumkan kepada jiran-jiran semua untuk bekerjasama memasang lampu depan dan belakang pada waktu malam bagi memudahkan pemerhatian kawan-kawan.

Di samping itu, pastikan isi rumah tahu siapa yang perlu dihubungi jika berlaku kecemasan.
Aku rasa kawasan kita diperhatikan kerana, rumah KBK tiada kereta dan cuma lampu dalam rumah menyala dan isteri beliau seorang diri di dalam rumah pada waktu itu.

Tolong ye.... beringat sebelum kena!

Monday, March 1, 2010

Kebersihan diutamakan, GAPi Sepakat

28 Feb 2010, jam menunjukkan 7.30 am, aku dah terpacak kat pondok GAPi. sorang pun tak nampak bayang, perut rasa lapar tak sarap lagi. Resah gak aku kot-kot silap haribulan, maklum la cuti Jumaat.


Rasa resah berlalu pergi bila jiran aku, Kamarul sampai. Biro Keselamatan sampai dulu nak pastikan keadaan pondok selamat untuk menjalankan projek.....


15min kemudian muncul Biro Kebersihan..... dah nampak bunga, projek ni akan meriah.


Terkejut aku, TUN pun sampai awal!


Kul 8.15am dah penuh geng GAPi berkumpul nak sarapan sebelum mula kerja. Project pun bermula. Tengok gambar!



Kali ni pelbagai group ada... group mesin rumput, group bangla, group simen, group buang bakar, group longkang, group volleyball, group cat, group vampire bench, group notice board, group tikar, group pokok, group air, group etc. Tak lupa group entertainer dan group mandor!



macam-macam ada!!! Tahniah semua!

Wednesday, February 24, 2010

GAPi bergegar kembali!!!

Tanggal 20-Feb, Sabtu la tu. Malam keramat bila GAPi mengganas.
Terima watikah lantikan SRS. GAPi yang pertama di Fasa 2. Bangga la korang semua.
Tambah gempaq bila Kem Motivasi anak-anak GAPi dijalankan serentak pada malam tu gak. ala... tu semua nak tunjuk kat Puan "R" ler tu... Tunjuk, tunjuk gak, hakikatnya Kem tu berjaya!!! banyak cerita menarik. nak tau? tanya bapak-bapak GAPi yang terlibat.

Gambaq ni ehsan dari sdr. "Ruz"...
Masuk paper lagi, di siarkan dalam Sinar, Berita Daerah Kuala Selangor.... full page. Tahniah semua! Jangan lupa bagitau omak kat kampung.


Ni antara kisah benar yang diceritakan semula oleh sdr. "Faz":
Salam,Pasal our camping hari Sabtu & Ahad lepas.... saya rasa ianya memang perfect and meet our objectives, i.e. untuk anak2 kita bergumbira & for the members untuk join GAPi nyer event setelah sekian lama GAPi nyer event x ramai yg datang.Sebenarnya kalau tengok petang sabtu tu.. masa anak2 (& bapak2) pasang khemah... memang ramai ibu2 & bapa2 GAPi turun... aku pun terkejut tengok crowd yg ramai cam tu... tambah lagi ngan telatah anak2 pasang khemah, berlari-lari kat padang, ada yg bawak pinggan, bantal busyuk, toto, sleeping bag... rasa worth it kalau kita buat event ni as one of our annual event. One of the reason, kos utk event ni pun x banyak sangat.. rasa2 x sampai RM300 pun kot... Tapi nampak gaya anak2 kita ramai yg puas hati & enjoy perkhemahan kita ni.Masa waktu masak utk dinner anak2 kita tu pun punya la ramai ibu2 GAPi yg turun.. aku pun terkejut masa gi pondok, dlm kul 4pm.. sbb ada la dlm 20 org or more ibu2 GAPi yg ada kat pondok.. dok tengah masak/berborak.. etc etc.. hmmm masa tu aku cakap dlm ati... bagus gak ibu2 GAPi nyer response utk event ni.. walaupun diaorg tak directly involved dlm event tu, diaorg still sumbangkan tenaga utk prepare dinner utk event tu... jarang nak tengok ibu GAPi turun in such a crowd..Masa start pasang khemah & masa briefing tu lagi la ramai ibu2 & bapak2 GAPi turun.. seronok tengok ramai yg turun.. tak tahu la diaorg turun coz nak tengok anak2 ataupun x caya kat Jibam masa bagi briefing tu.. hehehheMasa program SRS malam tu Pn Rohaida kemain puji melambung GAPi ni.. aku yg dok kat padang tu pun memanjang jer senyum...hehhehe... insyallah kalau kita teruskan usaha yg boleh memberi manafaat kepada ahli GAPi, ramai member2 yg akan join kita nyer event. Org luar pun bleh appreciate events yg kita organize kan, so harap2 ahli2 GAPi akan dapat get involve dengan GAPi nyer events. Tak banyak persatuan penduduk yg boleh bermuafakat, yg boleh organizekan event cam GAPi buat. BRAVO GAPiMalam perkhemahan tu, rasa2 ramai diantara anak2 kita yg tak tido malam. Yelah cam kita gak masa 1st time gi camping masa kecik2 dulu. Over exicited coz dapat hang out ngan member2 sampai ke pagi.. Lepas solat isyak malam tu, ramai diantara anak2 kita mengeluh bile suruh bangun kul 5.30am.. tapi ramai yg kul 4am dah keluar khemah. Duduk kat unggun api.. Ramai gak bapak2 GAPi yg tido kat pondok mlm tu.. tapi yg aku x leh tahan si sani boleh baca paper masa tido... hehehehhehe.... Yg tolong masakkan breakfast utk anak2 GAPi tu thanks for ur effort.. yelah mana tak nyer kul 4.30am dah start prepare makanan...masak air dan yg sewaktu dengan nya.... Thanks juga kata ibu2 GAPi yg turun pagi tu utk served breakfast untuk anak2 GAPi...Utk program cerita2 tauladan/rasul2 selepas solat isyak & subuh, anak2 kita pun suka sesangat. concentrate bukan main memasing.. yg part paling kelakar.. masa pencerita/penceramah masa subuh tu cakap"Kesian kat Ahmad, baju dia koyak"ada lak sorang dari anak2 GAPi ni jawap ngan selamba jer...."Bagi la dia jarum"eemmpphhh... terkedu penceramah tu kejap.. hehehhe...Untuk prog motivasi malam tu, our kids really enjoyed it.. walaupun susah sket nak handle especially our kids yg kecik2 tu, but its worth it to get involved directly with our kids. Terima kasih kat bapa2 GAPi yg tolong malam tu... hopefully anak2 kita dapat sedikit sebanyak pengajaran masa event tu... Still ramai ibu2 & bapa2 GAPi yg datang tengok program tu.. ramai yg duduk kat luar futsal court utk tengok anak2 masing2.Masa aktiviti sukan/jogging/team building pagi tu pun rasa2nya our kids enjoy it jugak... semua dlm happy nyer mode... bila tanya diaorg boleh nyanyi dlm english atau tidak.. ada gak yg kata x bleh.. dia tanya diaorang nak nyanyi lagu apa... ada yg jawap... "Lagu Stacy".. turn aku lak yg terkedu masa tu... hehehhebila diajar menyanyi.. sume ikut jer.. and believed it or not... anak2 GAPi ni memang terror berlari.. bapak2 GAPi x terkejarkn diaorang... masa berjogging tu kita nyanyi lagu nie..."Everywhere we goPeople want to knowWho we areSo we tell themWe're the GAPiriansMighty might GAPirians... "Semangat semacam jer anak2 kita menyanyi masa berjogging tuh.... hopefully x de neighbour2 kita yg complain sbb kita memekak pepagi buta tu.. heheheMasa team building activity pagi tu... semua anak2 GAPi enjoy it and try to get their team better than other teams... Anak2 kita dapat berkerjasama secara berkumpulan utk menyelesaikan aktivity yg diberikan... At least biar anak2 kita tahu, bila diaorang berkerjasa-sama diaorang boleh selesaikan aktivity tu dengan mudah. Macam apa yg diajarkan oleh one of the fasilitator pagi tu "Apa yg penting?" Pas tu anak2 kita jawap "Kerjasama"... So pagi tu dapat la buat 3 aktiviti team building. Memang nak buat satu or 2 aktiviti lagi.. tapi masa tu matahari dah naik.. & aku rasa anak2 kita pun dah lapar... so apa lagi.... makannnnnnnnnnnn.....Pas breakfast, aku pun dok sibuk2 kemaskan khemah, ada sorang ler dari anak2 kita ni datang jumpa aku & tanya"Uncle, minggu depan bleh x kita buat cam ni lagi"Aku terkedu masa tu... x tahu nak jawap cam ner yex sangka lak yg sorang ni enjoy sesangant event yg kita buat niLast-last aku jawap "Insayallah tahun depan pulak la kita buat lagi"Masa aku tengok anak ni... nampak sedikit frustration in his eyes...tapi dia jawap balik.."Tak pe, tahun depan saya nak ajak ramai lagi kawan2 GAPi camping sekali, best la uncle"So overall, aku rasa anak2 kita enjoy & appreciate kita organizekan event ni. Dan aku nak ambil kesempatan nak ucapkan tahniah kepada GAPi untuk mengorganizekan event ni. Berbanyak terima kasih kepada semua ibu2 dan bapa2 GAPI yg involved secara langsung & secara x langsung.... Hopefully event2 lain yang kita racang akan dapat sambutan yg sebegini dari ibu2, bapa2 & juga anak2 GAPi....