Monday, March 28, 2011

GAPi @ Facebook

Salam dan Salam Sejahtera;

GAPi kini di facebook

http://www.facebook.com/#!/pages/GAPi/136541179748755

Like & Loaded

Wednesday, June 9, 2010

Famili Day.... Oh ..... Family Day

Senyap sunyi jer kat GAPi nih. Hari yang ditunggu-tunggu tak lama jer lagi, 3 July.... lagi 3 minggu. Kang dah cirit baru nak cari jamban, berat ler.

Tapi rasanya 2 minggu terakhir tu akan rancak ler kot. Mungkin duit tak masyuk lagi, tu yang pergerakan jadi slow.

Sikit checklist:
1. Sumbangan Dermawan
2. Surat jemputan
3. Nak beli hadiah
4. Nak beli door gift
5. Nak minta khemah dari MDKS
6. Nak balut hadiah
7. Nak buat gotong royong kebersihan
8. Tempah makanan & minuman
9. Bahagi kumpulan
10. Banner
11. Permainan sukaneka
12. Acara malam (games kanak2, orang dewasa)
13. Lagi?

ehem2 dah buat surat, tapi sapa nak serah kat semua jemputan?

Monday, May 24, 2010

Hesan Juara Karom KRT, Fasa2

Bravo Hesam!!!
Tahniah kerana berjaya menjadi juara acara single kejohanan karom antara zon-zon KRT Fasa2.

Sayangnya, tak ada sorang pun member semasa acara akhir tu berlangsung (cuma wakil GAPi dalam KRT). Ehem2 rasa bangga Hesam dalam masa yang singkat (~20 mins) menewaskan pihak lawan, 2-0.

Teknik main yang sangat berbeza antara kedua-duanya. Lawan Hesam lebih kepada permainan tanam untuk menyekat kemaraan Hesam. Sebaliknya Hesam dengan permainan 'cool' tak kacau buah lawan, selamba jer memasukkan buah satu persatu......

Lepas ni, geng GAPi kena panggil beliau sifu!

Ehem2 minta maaf tak dapat hadir semasa penyampaian hadiah kerana terpaksa ke Klang.....

Tuesday, April 27, 2010

Aweks UiTM

Coba tengok awek UiTM ni ha! Aduhai gemalainya.... teringat Ehem2 masa muda2 dolu!

Ehem2 dengar cerita ramai pelajar UiTM cari rumah sewa.

Lam tadi Ehem2 pun menyibuk kol tuan rumah kosong kat blok Ehem2. Semuanya dah ditempah oleh student.... pompuan lak tu! Kawan2 lain jangan lak cemburu ye... bertuah lah penghulu blok Ehem2!!! Jangan lupa bagi kontek number kat Biro Komunikasi... bukan apa, mana tau ada kawan Ehem2 yang dapat bantu.....

Ehem2 mintak maaf kerana ramai yang kecewa sebab tak dapat sewa kat blok Ehem2. Kesian kat dia orang semua ye....! So kawan Ehem2 yang lain camne? tak mau ke kempen kat blok korang???

Ehem2 ingat nak buat team bola jaring la lak lepas bulan 7 nanti...... :-)

Monday, April 26, 2010

Pertandingan Bolatampar antara Lorong GAPi.

Adus… badan Ehem2 rasa sakit2, tapi keseronokan masih terasa. Semangat sukan mula terasa kat dalam jiwa….

Panas yang sangat terik…. 2.30pm beb! Sorang2 mula kelihatan dibawah pokok. Penganjur kena belasah teruk sebab panggil kul 2.30pm, tapi penganjur steady jer senyum sokmo. Itu la GAPi.

Antara yang menarik perhatian, ada la sorang mamat tu takut hitam…… pakai baju lengan panjang beb…. Ada lak yang siap ambik tudung bini buat tambah semangat. Pemain import pun ada…. Jepun mari la, Swiss mari la, namun Jepun punya turun lambat sikit, turun padang la, bukan turun hok tu!

Tengah syok main… syok ke! Paneh woo…. Hujan pun turun. Hujan saja tak pe, ni hujan paneh beb….. siap kilat sabung menyabung…. Apa lagi, ramai cabut balik rumah cari bini. Ada gak yang bini datang panggil kat pondok…. Hehehe…. Kawan yg kurang nasib baik dok la kat pondok sampai hujan berenti….

Lepas hujan stop, sambung lagi main…. Tapi tak sempat habis… bila nak sambung wei…?

Ehem2 respect kat kapitan 7/5….. dah la bini tarak rumah, dia kasi tidor baby dulu, pas tu join main.
Lagi satu Ehem2 diberitahu, bekas kapitan 7/5 yang dilucutkan jawatan pecut 140km/hr dari Ganu semata-mata nak join game ni… memang berbaloi sebab dia dapat “belasah” 7/6!!!

Ehem2 harap member2 lain dapat lah join next time or next program.

Gambor mana wei…!?

Thursday, March 25, 2010

Takziah Hesam

Baru aku masuk opis, on komputer, terus dapat sms dari sorang member: "Hesam dalam perjalanan pulang ke kampung kerana ibu meninggal dunia".... cepat2 aku call Hesam dan beliau mengesahkan ibu tersayang meninggal lepas subuh kerana sakit tua, Innalillah...

Mari kita doakan semoga roh ibu Hesam ditempatkan bersama roh orang2 yang beriman.
Al-Fatihah.


Ehem2 baru cakap ngan ibu malam tadi...

Kecurian Lagi......

Apa nak jadi dah sekarang.... kes semakin menjadi-jadi. Bulan ni saja dah 3 kejadian LGA 7/1, NS 8/11 dan terbaru hujung minggu yang lepas LGA 7/6, rumah korner setingkat.

Pada member-member, jangan la simpan barang kemas banyak2 kat rumah. Jangan la cuai walau sedetik pun. Aku ronda malam kat kawasan GAPi ~ kul 11pm malam tadi, ada gak pintu pagar rumah biar terbuka jer. Kekadang naik malas, dah letih dok remind kekawan pasal keselamatan ni.. orang kata "berbuih mulut". Bila dah kena Biro Keselamatan gak pening nak cari kaedah terbaik... tapi tuan punya diri yang cuai....

Tambah heran..... ada gak penduduk yang buat hal dia jer....

Apa pun, terima kasih pada kekawan yang ada kat GAPi siang hari, pada korang jer la kami harapkan waktu siang.

Ehem2 usik sikit jer.....

Monday, March 15, 2010

Hujung Minggu GAPi

Amalkan gaya hidup sihat....
Aktiviti warga GAPi di hujung minggu. Besar, kecil semuanya gembira!

Sunday, March 7, 2010

Ahad, 7hb awal pagi...

aksi mencurigakan dari dua orang ni sempat dirakam ketika suasana yang semakin sejuk dengan tiupan angin awal pagi.... Maklum la pondok public!


Kehadiran petugas rondaan malam GAPi telah dapat mencegah perbuatan yang tidak diingini. Seorang dari petugas malam (sebelah tiang) sedang memantau tingkah laku mereka ini.


Geng layan bola malam tu sedang asyik dengan aksi-aksi MU.

Bapak sapa la ni....? Sedang asyik dilamun mimpi di kesejukan pagi.

Saturday, March 6, 2010

Meeting GAPi

Malam tadi meeting, 9.30pm sampai kul 12.15am. meeting lama, dapat makan kuaci jer.... air nescape 3in1 buat sendiri. Cam ni bawak dari rumah air tongkat ali sedap gak!

Lepas meeting ada lak member pelawa pekena kat mamak. bagai orang mengantuk disorong bantal ler.... count me in!!!

Banyak benda yang dibincangkan dalam meeting. alamak! amenda yang kita bincang huh!? dah lupa lak..... hehehe jangan marah ye AMP. Banyak tul yang kita story lam tadi......